Friday, July 29, 2011

Sup Tulang


Bahan-bahan :
1 kg tulang
7 ulas b.putih (ketuk)
3 inci halia (ketuk)
3 hirisan lengkuas (ketuk)
1 sudu teh lada hitam*
1 sudu teh ketumbar*
1/2 sudu teh jintan manis*
1/2 sudu teh jintan putih*
1 btg kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
5-6 kuntum bunga cengkih
untuk hiasan : daun bawang, daun sup, bawang goreng, cili dan limau nipis.
* Tumbuk halus

Cara-cara :
1. Bersihkan tulang dan rebus bersama b.putih, halia dan lengkuas.
2. Kemudian masukkan rempah ratus kesemuanya dan biarkan di atas api sehingga daging lembut. Tambahkan air jika perlu.
3. Setelah daging lembut, masukkan garam dan perasa.
4. Hidangkan dengan taburan daun sup, daun bawang, cili dipotong dan diperah limau nipis.

Udang Goreng Tepung


Bahan-bahan :
10 ekor udang segar
4 sudu tepung gandum
3 sudu tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh lada hitam (tumbuk halus)
1 biji b.putih (cincang @ tumbuk)
1 biji telur

Cara-cara :
1. Udang dibersihkan dan toskan hingga kering...lap dengan tisu @ paper towel.
2. Satukan bahan-bahan dan kacau sebati dan tambah sedikit air. Bancuhan tepung hendaklah seperti tepung cekodok (tidak cair)
3. Panaskan minyak untuk goreng terendam, celupkan udang di dalam bancuhan tepung satu persatu dan goreng hingga kekuningan.
4. Boleh dimakan bersama pencicah @ sos.

Tuesday, July 26, 2011

Masak Lemak Cili Api Telur itik

Bahan-bahan :
3-4 biji telur itik
1 batang serai
5-7 biji cili api
1 cawan santan sederhana pekat
1 keping asam keping
1/2 sudu kunyit serbuk @ 1 inci kunyit hidup (tumbuk)

Cara-cara :
1. Pecahkan telur dan masak di dalam air yg mendidih. Rebus satu persatu.
2. Tumbuk cili api sehingga lumat dan serai diketuk.
3. Masukkan cili api, serai, kunyit dan asam keping kedalam santan. Kacau dan masak di atas api. Masukkan telur yang telah di rebus tadi.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak hingga santan sedikit pekat. Tutup api dan hidangkan.

Friday, January 14, 2011

Nasi Goreng Kampung

Bahan-bahan :
1 cawan nasi
3 ulas bawang putih
3 biji cili api
6-7 ekor udang dibuang kulit
1 mangkuk kangkung
1 sudu makan sos tiram
segenggam ikan bilis digoreng garing

Cara-cara :
1. Ketuk bawang putih, goreng  dgn sedikit minyak sehingga kekuningan.
2. Masukkan udang dan cili yg diketuk..goreng sekejap dan masukkan nasi dan kacau sebati.
3. Kemudian masukkan sos tiram dan kangkung.  Perasakan dgn garam...setelah masak hidangkan dengan taburan ikan bilis goreng.

Sotong Masak Hitam


Bahan-bahan :
3-4 ekor sotong
2 batang serai
2 inci halia
3 ulas bawang putih

Cara-cara :
1. Cuci bersih sotong, simpan satu kantung dakwat sotong dan bersihkan.
2. Ketuk bawang putih. halia dan serai.
3. Rebus bersama sotong, akhir sekali masukkan garam, gula dan perasa. Resepi paling senang untuk disediakan.

Gulai Ikan Tongkol



Bahan-bahan :
1 ekor ikan tongkol sederhana besar
100gm santan
1 biji bawang besar
2 inci lengkuas
2 sudu cili giling
1 inci kunyit hidup @ 1 sudu kunyit serbuk
4 keping asam keping
3 sudu makan cuka
timun, kacang panjang dan cili merah

Cara-cara :
1. Cuci ikan dan rebus bersama cuka, asam keping dan garam.
2. Masak santan bersama cili giling sehingga masak.
3. Kisar bawang, lengkuas dan kunyit kemudian masukkan kedalam campuran santan dan cili giling tadi.  Biarkan kuah betul2 masak dan masukkan garam,gula dan asam keping
4. Setelah kuah pekat masukkan ikan yg telah direbus tadi .  Akhir sekali masukkan timun, kacang panjang dan cili merah.

Wednesday, November 3, 2010

Semangat Red Warriors.....

Salam Khamis utk semua...
Sememangnyer tipulah kalau seseorang itu tidak bangga manjadi anak kelahiran negeri masing2...bagi umi KELANTAN merupakan negeri kelahiran yg mempunyai byk keistimewaan.....dan sbg anak jati negeri cik siti wan kembang ini umi teramatlah bangga dgn pencapaian team red warriors yg telah mengharumkan nama kelantan dipentas sukan bola sepak. Setelah sekian lama menanti akhirnya impian mnjadi realiti dengan kemenangan kelantan dalam Piala Malaysia 2010...lebih manis lagi kejayaan besar membolot lima anugerah utama dalam Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM sekaligus telah membuka byk mata bahawa mutu permainan pasukan Kelantan semakin mantap.
Umi memang excited bila kelantan menang ke atas neg. sembilan 2-1...dan dengan perasaan yg cukup2 gembira umi meraikan kemenangan trsebut dgn penuh kesyukuran.....sempena kemenangan tersebut umi juga sempat menyediakan satu resepi yang nak dikongsi...

Nasi Beriani


Ayam Masak Merah


 Dalca


Sambal Belacan


sambal belacan tu satu kemestian bagi umi kalau ada masakan bersantan...tujuannya nk bagi ilang muak santan..hehe...kalau sesape sudi bolehlah mencuba resepi ni...

NASI BERIANI  ( 3-4 org )

Bahan-bahan :
2 pot beras basmathi (basuh dan direndam selama 15 minit)  
3 pot air
2 sudu besar minyak sapi
1 pek rempah beriani maggi
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 inci halia
2 sudu stok ayam pekat @ 1 kiub ayam
2 helai daun pandan
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
sedikit susu cair @ santan
daun bawang, daun sup, bawang goreng (utk ditabur di atas nasi)

Cara-cara :
1. Panaskan minyak sapi dengan 2 sudu minyak biasa.  Tumis b.putih, b.merah, halia dan rempah menumis sehingga kekuningan.
2. Masukkan rempah beriani dan sebatikan. Masukkan beras, biarkan rempah sebati dengan beras kemudian masukkan air, stok ayam, susu cair dan daun pandan. 
3. Biarkan mendidih, setelah air hampir kering, tutup dan masak dengan api yg perlahan.  Kacau sekali sekala dengan menggunakan garfu.
4. Setelah masak  bolehlah dihidangkan dengan taburan daun bawang, daun sup dan bawang goreng. Boleh juga ditambah kismis jika suka.