Wednesday, November 3, 2010

Semangat Red Warriors.....

Salam Khamis utk semua...
Sememangnyer tipulah kalau seseorang itu tidak bangga manjadi anak kelahiran negeri masing2...bagi umi KELANTAN merupakan negeri kelahiran yg mempunyai byk keistimewaan.....dan sbg anak jati negeri cik siti wan kembang ini umi teramatlah bangga dgn pencapaian team red warriors yg telah mengharumkan nama kelantan dipentas sukan bola sepak. Setelah sekian lama menanti akhirnya impian mnjadi realiti dengan kemenangan kelantan dalam Piala Malaysia 2010...lebih manis lagi kejayaan besar membolot lima anugerah utama dalam Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM sekaligus telah membuka byk mata bahawa mutu permainan pasukan Kelantan semakin mantap.
Umi memang excited bila kelantan menang ke atas neg. sembilan 2-1...dan dengan perasaan yg cukup2 gembira umi meraikan kemenangan trsebut dgn penuh kesyukuran.....sempena kemenangan tersebut umi juga sempat menyediakan satu resepi yang nak dikongsi...

Nasi Beriani


Ayam Masak Merah


 Dalca


Sambal Belacan


sambal belacan tu satu kemestian bagi umi kalau ada masakan bersantan...tujuannya nk bagi ilang muak santan..hehe...kalau sesape sudi bolehlah mencuba resepi ni...

NASI BERIANI  ( 3-4 org )

Bahan-bahan :
2 pot beras basmathi (basuh dan direndam selama 15 minit)  
3 pot air
2 sudu besar minyak sapi
1 pek rempah beriani maggi
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 inci halia
2 sudu stok ayam pekat @ 1 kiub ayam
2 helai daun pandan
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
sedikit susu cair @ santan
daun bawang, daun sup, bawang goreng (utk ditabur di atas nasi)

Cara-cara :
1. Panaskan minyak sapi dengan 2 sudu minyak biasa.  Tumis b.putih, b.merah, halia dan rempah menumis sehingga kekuningan.
2. Masukkan rempah beriani dan sebatikan. Masukkan beras, biarkan rempah sebati dengan beras kemudian masukkan air, stok ayam, susu cair dan daun pandan. 
3. Biarkan mendidih, setelah air hampir kering, tutup dan masak dengan api yg perlahan.  Kacau sekali sekala dengan menggunakan garfu.
4. Setelah masak  bolehlah dihidangkan dengan taburan daun bawang, daun sup dan bawang goreng. Boleh juga ditambah kismis jika suka.

Monday, October 11, 2010

Jalan-jalan ke utara..

Salam semua...semoga sihat sejahtera hendaknya.
Walaupun jarang2 update blog yg x seadanya ni, umi nak juga berkongsi satu pengalaman hujung mggu lepas. Selepas keje hari sabtu lepas, umi ngan suami bersama kakak ipar n suami bertolak ke utara untuk menziarahi seorang lagi kakak ipar yg mengalami patah pergelangan kaki...nak dijadikan cerita dia terjatuh masa balik raya baru2 ni...lepas blk semula ke Sg. Petani selepas di X ray rupa-rupanya patah dekat ankle...itupun dh lepas sabulan baru tau...apelagi kena operate lah...so skang masih lg kat hospital, nasib baik ade anak pompuan yg setia menjadi nurse 24 jam...insyaallah umi doakan moga2 beliau cepat sembuh...


Selepas menziarah mak iti kt hspital kami ramai2 mkn tengahari kt umah....bila hidangan dh siap..tu dia mmg kenduri lauklah...tp seronok sbb ramai2 habiskan lauk yg kami masak...






masa kami mmg cukup pendek dekat sana...tup-tup dah ptg...tiba ms kami utk brtolak blk kl semula...tapi on the way blk kami sempat lagi singgah di sg. dua utk menikmati mee udang yg sememangnyer sodappp bersama2 udang yg... fuhhh besar....


lepas mkn kami kekenyangan sampai tertido dlm keta...cik husband la drive sorang2...hehehe...tp dia F1 punya driver mmg x kesah kami tido... sampai umah lebih kurang kul 2 a.m. Isnin terus keja tp mengantuk giler kt ofis...walaubagaimanapun kami seronok pergi sana dan insyallah nk pegi lagi....

Sunday, October 3, 2010

Selamat Datang ke blog Umi Suzlina

Tanggal 4/10/2010 bertambahlah satu lagi blog yg tak seberapa ini di alam siber. Untuk permulaan umi ingin mempromosikan sedikit info mengenai diri. Seorang isteri kepada hubby trcinta En.Muhammad b Yusoff....berasal dr negeri pantai timur iaitu Kelate....bekerja di sektor swasta...setakat hari ini tidak ada lagi tanda2 rezeki untuk mandapat gelaran sebagai ibu tetapi amat bersyukur dpt menumpang kasih anak2 saudara...
Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi pelbagai info dgn rakan2 yg sememangnya berpengalaman dlm selok belok alam siber ini ...cukuplah sebagai permulaan untuk 1st entry...insyaallah akan sentiasa meng 'update' kan blog utk info2 trbaru.. wassalam...